Faridbadarul's FotoPage

By: Ahmad Farid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Feb-2009 17:47 Email | Share | | Bookmark
PINDAH HOOO - HALAMAN BARU

Quote:
Tiada lagi entry akan di post/publish pada halaman ini...

Telah brepindah ke sini.sekian


Sunday, 1-Feb-2009 08:44 Email | Share | | Bookmark
...............




















Quote:
Aku lupe nama si gadis ni la Hapip... nnt update.


Friday, 16-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
YOUTH 09!!











Pada 9-11 Januari 2009 telah diadakan satu majlis keramaian muda mudi dikenali sebagai YOUTH 09 bertempat di PWTC. Aku sebagai salah seorang muda mudi rasa bertanggungjawab untuk hadir ke majlis ni. Banyak aktiviti yang diwujudkan oleh penganjur seperti Pole Dance (DamNN), booth yang happening (Lomokid best psal ad idola ak) dan grand event bagi ak adalah Battle Of The Band punya stage.. Final round yakni pada 13 Januari mmg sangat happening psal ade performance dari 3 band yang gempak-gedempol belaka. Love Me Butch membuka tirai diikuti band si comel YUNA dan penutup oleh BunkFace. Di sini ada sedikit buah tangan dari showcase tersebut Memandangkan abang-abang photog yang lain sangat gempak dan memenuhi tempat2 strategi di sekitar stage maka ak sedaya upaya mngambil pix band-band ini walaupun hny pix close up.. so marila melihat gambar-gambar sambil menyayi lagu Norliah Ghani...


Quote:
Disclaimer - Aku teruja melihat idola aku, aku teruja melihat Yuna, aku teruja melihat orang lain teruja.


Sunday, 11-Jan-2009 02:36 Email | Share | | Bookmark
PALESTINE........ KITA?


PALESTINE................

Mungkin ramai dari korang dah mengetahui apa yang terjadi dengan umat Islam di bumi Palestine.. Rentetan itu, suatu rapat umum/ceramah/kutipan derma dan sebagainya telah diadakan pada 10 Januari 2009 yang bertujuan untuk mengutuk keganasan Rejim Zionis Israel yang berlaku sehingga (ketika entry ni dipublish) mengorbankan 800 nyawa. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam telah dihadiri lebih kurang beribu-ribu orang antaranya, aktivis/penceramah/pelajar-pelajar Palastine dan orang awam (tidak lupe kepada makcik2 dan pakcik2 yang berniaga) . Aku bersama 2 orang rakan adalah diantara yang meramaikan perhimpunan tersebut (kene bagitaw nih) . Semangat, kebencian, kesedihan, keperihatian dan kesedaran telah mengundang emosi yang bercampur baur menyebabkan suasana persekitaran berubah-rubah namun tetap bersekali seiring.. Di sini ada sedikit juadah mata untuk ditonton sebagai paparan aktiviti dan gelagat di sekitar perhimpunan tersebut.....


















KITA??? .... aku sediakan satu artikel dari ITB yang menyentuh attitude kite sebagai umat Islam silakan.... Jangan lupa untuk mendoakan keselamatan dan keamanan mereka. Sekian....

Quote:
Pssst... pelajar-palajar dan kuarga Palestine ni lawa-lawa dan hebat-hebat belaka.. adakalanya rasa tergoda.. haish.. terpesong akidah sekejap. .



Sunday, 4-Jan-2009 09:51 Email | Share | | Bookmark
Uda + Ayong = The Reception

















AKU SUDAHI GAMBAR INI DENGAN PANTUN. HAHA



Perkenalan dan kebahagiaan mereka bermula di tempat orang selalu hiba dan berdukacita. Mukhadimah yang paling tidak menyeronokkan??.. Ok, ak start balik.. Heyahhhhhhh!!! bermulanya kisah cinta mereka sewaktu belajar bersama dahulu. Actually, Uda adalah seorang Radiographer manakala Ayong pula adalah seorang Nurse yang sangat didambakan di Hospital Besar Kuala Lumpur (skang da tukar p hospital Klang ) .

So, penyatuan dua jiwa ini telah dibuktikan pada 15 November 2008 bertempat di Taman Setia, Johan Setia, Klang. Penduduk di situ telah menyaksikan berlangsungnya majlis resepsi antara kedua-dua warga seragam putih yang banyak berjasa kepada orang awam ni. Tamabahan pula majlis ni agak menarik dengan adanya perarakan untuk majlis Marhaban dan khatam Al Quran (pix xde, ak ad klas time ni... tgu Tok Guru upload). So. kepada Uda n Ayong, selamat berbahagia dan jangan lupe kepada mereka yang memerlukan (pesakit-pesakit) . Nanti nak sambut baby pon senang. YEAAAA!!!

Terima kasih diucapkan kepada Hafidzkamaruddin kerana sudi membawa aku bersama. Jasa dan tutorial mu ku kenang tok guru. . Walaupun ketika shoot outdoor event ni kite dibasahi peluh dan hujan. (macam pengorbanan sangat besar plak)






[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net